Selamat Datang


Selamat datang ke Sistem OnPay untuk PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA.

Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.



Persatuan Cinta Syria Malaysia atau lebih dikenali sebagai Cinta Syria Malaysia-CSM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan secara rasmi pada 11 Ogos 2014.

Pernah dikenali dengan nama Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ) semasa kami bertapak di Jordan dahulu. Kini, nama kami ditukar kepada CSM selepas bantuan diluaskan kepada pelarian Syria yang berada di Turki, Lubnan dan Malaysia.

Walaupun pernah diuji dengan pelbagai cabaran, CSM masih gagah mengorak langkah sehingga tertubuhnya “Sekolah KITA”, sekolah percuma untuk anak-anak pelarian Syria. Ini adalah hasil daripada pengorbanan serta usaha-usaha tim dan sukarelawan CSM serta komitmen penyumbang semua, Alhamdulillah.

Hakikat ini membuktikan CSM tidak cuma tertumpu kepada bantuan dalam bentuk wang, makanan, dan keperluan asas, tetapi juga berusaha memastikan anak-anak Syria mendapat pendidikan sewajarnya dan melalui zaman kanak-kanak dengan sebaiknya, sebagaimana kanak-kanak lain. Justeru, masalah Pelarian Syria adalah masalah kemanusiaan yang harus dihadapi bersama.