Infaq Sekolah KITA II, Syria
Pada 2017, Cinta Syria Malaysia (CSM) telah membuka Sekolah KITA 2 di Kilis, Turki dan berjaya memberi pendidikan secara tidak formal kepada seramai 375 anak-anak pelarian Syria. Namun, Sekolah KITA 2 terpaksa ditutup di atas perintah kerajaan Turki kerana mereka telah menyediakan kemudahan akses pendidikan kepada kanak-kanak pelarian Syria di Turki. 

Oleh itu, Cinta Syria Malaysia (CSM) telah mengambil satu inisiatif lain bagi memastikan kelangsungan pendidikan kepada pelarian Syria dengan memperkenalkan sebuah projek pendidikan di Afrin, Syria. Projek pendidikan ini adalah sebuah usaha sama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam menubuhkan sendiri bangunan Sekolah KITA 2 untuk kemudahan akses pendidikan kanak-kanak pelarian Syria di Afrin, Syria. 

Sasaran Kutipan : RM 220,000.00

Objektif projek ini adalah untuk menawarkan peluang pendidikan dan perkhidmatan perlindungan kepada 250 kanak-kanak pelarian berumur 5 - 12 tahun dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif untuk membantu perkembangan kanak-kanak pelarian Syria.

Dijangka pada Februari 2022, para pelajar akan mula memasuki Sekolah KITA 2. Silibus akademik Turki akan digunapakai dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sekolah KITA 2. Matapelajaran asas seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam akan diajar di Sekolah KITA 2. 

Tingkat pertama akan dibina khusus buat pelajar gred bawah, iaitu seramai 250 orang berumur sekitar 5 sehingga 12 tahun. 
Sekolah KITA 2 mempunyai 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik perkhidmatan sokongan murid, tandas pelajar lelaki dan perempuan dan tandas guru, taman, bilik guru dan pejabat urusan. Bangunan Sekolah KITA 2 akan mengikut standard dan garis panduan yang sesuai untuk menyediakan ruang belajar yang kondusif buat para pelajar.

Pendidikan adalah satu penyelesaian jangka panjang bagi mereka yang kurang bernasib baik dan ianya memerlukan dana yang besar dan berterusan. Cinta Syria Malaysia sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik demi pendidikan anak-anak Syria dan ingin berkembang dengan lebih besar supaya dapat memberikan pendidikan kepada lebih ramai anak-anak yang kurang bernasib baik. CSM berharap sokongan yang utuh daripada pelbagai pihak dapat menjadikan cita-cita CSM dan anak-anak Syria suatu realiti dan bukan sekadar satu fantasi

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq RM5
Infaq RM10
Infaq RM50
General
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN