Misi Qurban 8.0
Memanfaatkan ibadah korban dan akikah untuk pelarian Syria fakir di empat buah negara.

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]




10 tahun mereka hidup dalam kepayahan hidup yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Si isteri kehilangan suami. Si anak kehilangan ayah. Dan kesemua mereka turut kehilangan rumah.

Jutaan sudah lari menjadi pelarian. Manakala jutaan yang lain masih di dalam. Banyak faktor yang menyebabkan mereka masih bertahan. Mungkin sahaja suami, atau saudara mereka sedang berjuang melawan rejim, atau mereka terkepung.

Sekarang ini pula, berlaku pandemik Covid19 dan ekonomi dunia semakin tidak menentu. Kasihan mereka. Siapa lagi yang akan pedulikan golongan ini.

Sebutkan sahaja apa kesusahan yang tidak mereka lalui. Dibunuh? Sudah. Dibom? Sudah. Dipenjara? Sudah. Kebuluran? Sudah!

Sempena Aidiladha yang akan menjelang ini, apa kata kita 'korbankan' sedikit daripada apa yang ada supaya mereka tahu, mereka sebenarnya masih punya saudara yang cakna?


Cinta Syria Malaysia sedang mengadakan Misi Qurban CSM 8.0 yang mana kami manfaatkan untuk membantu pelarian yang berada di Utara Syria, Turki, Lubnan dan Jordan . Kami mensasarkan:



250 ekor kambing &
RM250,000 sumbangan umum 
(Sumbangan umum akan digunakan untuk kotak makanan,pendidikan dan perubatan)


Tarikh Kempen28/5/2021-16/7/2021
Hari Penyembelihan kambingHari Raya Aidiladha & Hari Tasyrik (11,12 & 13 Dzulhijjah) 
Tarikh penerimaan e-sijil & muat naik gambar update bermula 13.08.2021

Negara

Syria, Turki, Jordan, Lubnan

Sasaran Qurban Mission 8.0

250 ekor kambing

RM 250,000 : Sumbangan Umum

Slot Sumbangan Umum

RM 50,000 : Pek Makanan

RM 60,000 : Perubatan

RM 140,000 : Pendidikan Sekolah KITA

Sedekah Daging Kambing

1 kg : RM 40

(Sebuah keluarga memerlukan 2kg daging) 















Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Akikah 1 Ekor (RM1,100)
Korban 1 Ekor Kambing (RM1,100)
Korban/Akikah Bayaran Ansuran 2x (RM550)
Sedekah daging kambing 1 kg - (RM 40)
Infaq Umum (RM5)
Infaq Umum (RM20)
Infaq Umum (RM50)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN