
RAYUAN BANTUAN UMUM KECEMASAN SYRIA !
Situasi Syria Kian Kritikal!
Situasi di Syria pada 2024 semakin kritikal, dengan konflik yang berlarutan lebih 12 tahun terus menyebabkan krisis kemanusiaan dan penderitaan besar. Lebih separuh penduduk Syria terjejas, dengan jutaan memerlukan bantuan asas dan makanan.
Di Malaysia, pelarian Syria menghadapi cabaran besar dalam kehidupan harian. Tanpa status rasmi, mereka sukar mendapatkan pekerjaan sah, dan ramai terpaksa bekerja di sektor tidak formal dengan gaji rendah serta tiada jaminan keselamatan. Pendidikan juga menjadi isu utama, di mana anak-anak pelarian sukar mengakses pendidikan formal, walaupun terdapat usaha oleh pelbagai NGO dan komuniti untuk menyediakan pendidikan alternatif.
Kesihatan turut menjadi masalah, dengan akses terhad kepada rawatan perubatan dan kos yang tinggi. Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951, tetapi tetap menjadi tempat perlindungan bagi ribuan pelarian Syria. Namun, bantuan berterusan dan sokongan yang lebih diperlukan untuk memastikan mereka dapat hidup dengan lebih selamat dan bermaruah.
Selepas 13 tahun, kini Syria hancur dengan konflik peperangan yang berlaku
Rujukan daripada The Guardian
CSM telah mengambil Inisiatif dengan menjalankan Kempen Bantuan Kecemasan Syria bagi membantu saudara Syria yang memerlukan di Malaysia dimana dana terkumpul akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek berikut:
.jpg)
Ayuh sama-sama bantu Cinta Syria Malaysia dalam memberikan bantuan kepada pelarian Syria yang memerlukan ini sekaligus meningkatkan kualiti diri kita disisi Allah S.W.T melalui sedekah yang dilakukan.