Qurban Mission CSM - Afrika

Qurban Mission CSM merupakan sebuah program ibadah korban yang dikendalikan oleh Cinta Syria Malaysia. Tahun ke-10, Cinta Syria Malaysia masih teguh berdiri untuk melaksanakan program ini demi menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Syria, sekaligus meraikan hari kebesaran Islam iaitu Aidiladha.
Istimewanya tahun 2023, Qurban Mission CSM akan turut dilaksanakan di benua Afrika bagi menyalurkan bantuan daging korban untuk komuniti Muslim di Afrika Selatan.
Pelaksanaan
ibadah korban adalah salah satu cara untuk menyempurnakan tanda
kesyukuran kepada Allah SWT atas segala pinjaman, nikmat dan
kurniaan-Nya yang tidak terhingga.
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)."
Al-Kauthar 108:2
Qurban Mission CSM 10.0
Pakej Qurban Mission CSM 10.0 | Harga |
Korban 1 Bahagian Lembu Tarikh tempahan: 02/05/2023 - 25/06/2023 | RM350.00 |
Korban 1 Ekor Lembu Tarikh tempahan: 02/05/2023 - 25/06/2023 | RM2,450.00 |
Sumbangan Umum (Pendidikan) Tarikh kempen: 02/05/2023 - 02/07/2023 | RM5, RM10, RM30 |
(Surah Al-Hadid: 18)
